LUAR NEGARA

IRGC ancam musnahkan infrastruktur proses minyak berkait AS

Susulan serangan ke atas Pulau Kharg

LONDON – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengancam untuk memusnahkan infrastruktur pemprosesan minyak yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan serangan udara ke atas kedudukan ketenteraan Iran di Pulau Kharg.

IRGC dalam satu kenyataan yang dipetik media tempatan berkata, infrastruktur minyak dan tenaga milik syarikat yang bekerjasama dengan AS akan “dimusnahkan serta-merta dan dijadikan timbunan abu” jika kemudahan tenaga milik Iran diserang, lapor The Guardian.

Pengumuman itu dibuat sebagai “tindak balas terhadap kenyataan” yang dibuat oleh Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini berkata bahawa serangan tersebut telah “memusnahkan sepenuhnya” sasaran ketenteraan di Pulau Kharg.

Sebagai rekod, Pulau Kharg merupakan hab minyak terpenting Iran dan berfungsi sebagai berfungsi sebagai terminal eksport bagi 90 peratus minyak negara itu.

Trump berkata, beliau memilih untuk tidak memusnahkan infrastruktur minyak di pulau berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan menyerang hab berkenaan.

“Jika Iran, atau sesiapa sahaja, melakukan apa-apa yang boleh mengganggu laluan bebas dan selamat menerusi Selat Hormuz, saya akan segera mempertimbangkan semula keputusan ini,” kata Trump di akaun TruthSocial miliknya, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button