Proses bawa pulang rakyat Malaysia dari Asia Barat pada fasa akhir – MKN
PUTRAJAYA – Persiapan untuk melaksanakan proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat kini berada pada fasa akhir susulan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di rantau itu.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), operasi berkenaan dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua langkah perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.
Katanya, operasi itu akan diselaras dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.
“Kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terbabit dapat kembali ke tanah air dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MKN lagi, pihaknya bersama Kementerian Luar juga akan menyalurkan perkembangan operasi ini secara berkala kepada semua pihak sehingga keseluruhan proses membawa pulang rakyat Malaysia ini selesai.
Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, di ikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.
Menurut rekod Kementerian Luar, setakat 8 Mac, seramai 641 orang rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terjejas di rantau itu, manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















