BERITA SEMASALUAR NEGARA

Universiti dibedil, IRGC ancam sasar universiti AS di Asia Barat

TEHRAN – Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengeluarkan ancaman untuk menyasarkan universiti-universiti Amerika Syarikat di Asia Barat susulan dakwaan bahawa serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel telah memusnahkan dua universiti di Iran.

Dalam kenyataan yang disiarkan media Iran, IRGC memberi amaran jika kerajaan AS mahu universiti mereka di rantau itu selamat daripada tindak balas, Washington perlu mengutuk serangan tersebut secara rasmi sebelum pukul 12 tengah hari Isnin, 30 Mac (waktu Tehran).

“Kakitangan, pensyarah dan pelajar universiti Amerika di rantau berkenaan supaya menjauhkan diri sekurang-kurangnya satu kilometer dari kampus masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Antara universiti AS yang mempunyai kampus di rantau Teluk termasuk Texas A&M University di Qatar serta New York University di Emiriah Arab Bersatu.

Laporan media menyebut, serangan pada malam Jumaat hingga Sabtu ditujukan itu kepada Tehran, termasuk kawasan Universiti Sains & Teknologi Iran di timur laut ibu negara itu.

Beberapa bangunan dilaporkan rosak, namun tiada kemalangan jiwa direkodkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button