Beberapa surau di pusat beli belah, lebuh raya bakal dinaik taraf sebagai surau Jumaat
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengusahakan beberapa projek untuk menaik taraf surau di beberapa pusat beli belah sebagai surau Jumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, selain itu pihaknya juga turut mempertimbangkan beberapa lokasi tumpuan orang ramai yang lain untuk dinaik taraf sebagai surau Jumaat.
“Alhamdulillah, kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk memberi kemudahan kepada rakyat termasuk menunaikan solat Jumaat.
“Sudah banyak tempat sudah menyediakan kemudahan solat Jumaat termasuk di pusat rawat dan rehat (R&R), pusat membeli belah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lain-lain.
“Sekarang ini, kami sedang mengusahakan beberapa projek lagi menaik taraf surau kepada surau Jumaat di pusat beli belah, lebuh raya dan di tempat-tempat lain. Islam memang subur dan mekar di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu Zulkifli turut memuat naik beberapa keping gambar bersolat di Musalla IOI City Mall ketika solat Jumaat semalam.
Menurut Zulkifli, IOI City Mall menyediakan fasiliti solat Jumaat yang boleh memuatkan lebih 3,000 ribu jemaah dalam satu-satu masa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















