Kempen #MADANIMembantu dilancar, perkukuh usaha bantu rakyat – Dr Zulkifli
PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan Kempen #MADANIMembantu sebagai inisiatif memperkukuh usaha berterusan jabatan itu dalam membantu rakyat.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook berkata, kempen berkenaan merupakan inisiatif untuk memastikan rakyat menerima bantuan dengan sebaik-sebaiknya.
Beliau berkata, peruntukan RM2.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam Belanjawan
2026 akan digunakan untuk pengurusan dan pemerkasaan hal ehwal Islam termasuk pentadbiran, pembangunan dasar, program dakwah serta pengukuhan institusi agama.
“Sokongan diberi sedaya upaya kepada masjid, surau, sekolah agama, maahad tahfiz, institusi pondok, asnaf dan pelajar institusi agama melalui bantuan sara hidup, pendidikan dan pembangunan komuniti berteraskan nilai MADANI,” katanya menerusi. hantaran itu semalam.
Terdahulu, Dr Zulkifli merasmikan pelancaran
Kempen #MADANIMembantu pada Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya semalam.
Zulkifli berkata, peruntukan segera RM200 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini pula adalah bagi kerja baik pulih, naik taraf dan penyelenggardan sekolah agama serta maahad tahfiz di seluruh negara.
Menurut Zulkifli, semua inisiatif itu membuktikan bahawa di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI serta dengan sokongan warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) dan rakyat Malaysia, Islam terus subur, mekar dan terjamin di negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








