BERITA SEMASA

Video klip ‘Dunia Indah Bersama’ angkat mesej kasih sayang, persaudaraan – Menteri Agama

PUTRAJAYA – Sebuah karya nasyid berjudul ‘Dunia Indah Bersama’ bakal dilancarkan sebagai usaha menyuburkan kembali nilai kasih sayang, persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menerusi perkongsian di media sosial.

“Suburkan kembali kasih sayang, tali persaudaraan sesama kita. Yang jauh dekatkan, yang dekat rapatkan… semula.

“Sedikit ‘teaser’ rakaman video klip Dunia Indah Bersama,” tulisnya.

Menurut beliau, lagu itu yang kini dalam proses pembikinan ditulis bersama Zawfan dan Mirwana dengan semangat rindu nasyid bersama nostalgia kompang dan pergendangan.

“Terkenang zaman jadi ‘tekong’ nasyid di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar dulu.

“Alhamdulillah, tak sangka sekarang dapat pula kolaborasi dengan legenda-legenda Maahad Hamidiah dan SMAKL yang sekarang sudah membina tapak sendiri dalam industri muzik nasyid.

“Doakan ada manfaatnya bila siap kelak. Amin,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button