BERITA SEMASA

27 stesen catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang tertinggi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 27 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 177.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan kedua tertinggi iaitu 174, diikuti Johan Setia (173) dan Klang (172) di Selangor.

Bacaan tidak sihat turut direkodkan di Bukit Rambai, Melaka (169); Cheras, Kuala Lumpur (167); Putrajaya, Port Dickson, Negeri Sembilan, Larkin dan Kota Tinggi, Johor masing-masing pada 165.

Beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan tinggi, antaranya Bandaraya Melaka (164), Batu Muda, Kuala Lumpur (163), Pengerang, Johor (162), Banting, Selangor (160), Shah Alam dan Seremban masing-masing pada 159 serta Alor Gajah, Melaka dan Kemaman, Terengganu masing-masing pada 156.

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Paka, Terengganu (155); Batu Pahat, Johor dan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang masing-masing pada 154; Petaling Jaya, Selangor, Rompin, Pahang dan IPD Serian, Sarawak masing-masing pada 153; Kluang serta Tangkak, Johor masing-masing pada 152, manakala Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan 136.

Sementara itu, sebanyak 40 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya satu stesen berada pada tahap baik iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan 41.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kota Tinggi serta Johor Bahru, Johor sehingga pukul 10 pagi ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button