BERITA SEMASA

Zaliha tolak dakwaan sembunyikan dokumen adendum

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha Mustafa, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa beliau terlibat dalam menyembunyikan dokumen titah adendum seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tuduhan ini tidak berasas sama sekali. Saya sendiri, seperti menteri-menteri lain tidak pernah melihat dokumen yang disebut sebagai adendum itu.

“Apatah lagi menyembunyikan apa-apa,” katanya ketika ditemui selepas sesi temu rapat bersama warga emas Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Zaliha turut berkata, beliau tidak berperanan sebagai jurucakap kerajaan mahupun jurucakap Lembaga Pengampunan dalam isu itu.

“Saya tidak mahu menjawab soalan ini kerana bukan bidang kuasa saya untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendesak Zaliha dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said supaya tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Khairy menyatakan bahawa ketelusan amat penting dalam hal itu dan menuntut kedua-dua menteri memberikan penjelasan kepada rakyat.

Sehingga kini, Zaliha menolak sebarang kaitan dengan dakwaan tersebut

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button