BERITA SEMASA

PM cadang bina sekolah menegak di Residensi Aman MADANI

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan pembinaan sebuah sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI di sini bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk setempat.

Anwar berkata, cadangan itu dibangkitkan selepas beliau mempengerusikan perbincangan bersama pemaju, kementerian dan agensi berkaitan susulan perasmian projek perumahan berkenaan.

Menurutnya, walaupun terdapat sekolah rendah berhampiran, kapasiti terhad memerlukan penambahan kemudahan pendidikan selari dengan pertambahan penduduk di kawasan tersebut.

“Saya mencadangkan agar wujudnya sekolah menegak dalam kawasan pembangunan atau pembinaan sekolah berhadapan residensi yang dihubungkan jejantas. Sekolah itu terbuka kepada semua penduduk setempat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau menambah, sekolah berkenaan akan dilengkapi kemudahan mengikut kerangka MADANI termasuk tadika, surau, klinik dan pusat keselamatan demi keselesaan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button