Wisma Putra sahkan rakyat Malaysia ditahan di Norway
PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm hari ini mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia ditahan di Norway kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihak kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan.
“Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,” kata Wisma Putra dalam kenyataan tersebut.
Laporan sebelum ini yang memetik sumber tempatan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan Jumaat lalu selepas dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway.
Suspek ditahan oleh agensi perisikan Norway, PST.
Suspek turut menafikan dakwaan itu dan difahamkan perbuatannya dilaporkan tiada kaitan dengan Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








