Warga emas patah kaki dirempuh kereta dipandu jururawat
KLUANG – Seorang warga emas patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah kereta ketika menyapu sampah di hadapan rumahnya di Taman Tiara Perdana, Simpang Renggam, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi apabila kereta berkenaan tiba-tiba merempuh pesara berkenaan sebelum melanggar tiang eletrik hingga patah di hadapan rumah.
“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan bekerja sebagai seorang jururawat yang bekerja di Johor Bahru sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman perumahan sama.
“Sebaik sampai di lokasi kejadian, wanita berkenaan dikatakan hilang kawalan terhadap kenderaan dipandunya sebelum merempuh warga emas berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari semalam.
Terdahulu, tular video di media sosial yang mamaparkan Muhamad Mustaffa Mustain, 61, dirempuh sebuah kereta Toyota Yaris dipandu seorang jururawat, Izadatul Afifah Mat Norudin, 37, hingga menyebabkannya terpelanting ke pagar rumahnya.
Akibat daripada kejadian itu, wanita terbabit hanya mengalami sakit dada dan kedua-duanya dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








