BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita rugi RM84,000 terpedaya skim pelaburan kripto palsu

TANGKAK – Seorang wanita berusia 52 tahun kerugian sebanyak RM84,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan kripto menerusi laman sesawang ‘aleosgm.top’.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa membuat laporan polis semalam selepas menyedari dirinya terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

“Siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi TikTok pada Februari lalu sebelum ditawarkan peluang pelaburan dengan keuntungan berlipat kali ganda.

“Mangsa mula membuat pelaburan secara berperingkat sejak 29 Mei hingga Isnin lalu, dengan melakukan sebanyak 17 transaksi ke lima akaun bank berbeza yang dipercayai akaun keldai ‘mule account’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tidak realistik dalam masa singkat.

“Lakukan semakan latar belakang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan,” katanya.

“Sekiranya menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi membolehkan tindakan pantas diambil untuk menyekat aliran keluar wang dari akaun suspek,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button