Wanita pengsan, tren monorel terkandas di Laluan Medan Tuanku
KUALA LUMPUR – Seorang wanita pengsan selepas sebuah tren monorel yang membawa 373 penumpang terkandas di laluan Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku, pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi dan menggerakkan jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi.
“Setibanya pasukan pada 9.42 pagi, tren berkenaan didapati terkandas. Keadaan dilaporkan terkawal dan kerja pemindahan penumpang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
JBPM berkata, kesemua 373 penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat, manakala mangsa wanita berusia 58 tahun itu kembali sedar selepas menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan.
Pihak pengurusan monorel sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








