BERITA SEMASA

Jojo Ghazali, keluarga masih terkandas di Mekah

KUALA LUMPUR – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali bersama ahli keluarga masih terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang ke tanah air dibatalkan susulan penutupan ruang udara di beberapa negara Asia Barat.

Perkara itu dikongsikan atlet berusia 19 tahun berkenaan menerusi media sosial dengan memuat naik tangkap layar e-mel rasmi daripada Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan pembatalan penerbangan mereka.

Difahamkan, Jojo dan keluarganya berada di Arab Saudi sejak awal Ramadan bagi menunaikan ibadah umrah dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, penerbangan pulang mereka tergendala selepas penutupan ruang udara dan penangguhan operasi banyak syarikat penerbangan.

Meskipun berdepan situasi tidak dijangka, Jojo dilihat kekal tenang dan positif, malah menyifatkan keadaan itu sebagai peluang untuk meluangkan lebih masa di Tanah Suci.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Jojo dan keluarganya perlu menunggu pengumuman lanjut daripada pihak syarikat penerbangan sebelum dapat kembali ke tanah air.

Situasi berkenaan turut mengundang perhatian peminat sukan tempatan yang mendoakan agar urusan kepulangan mereka dipermudahkan dalam masa terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button