JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita diheret ke kolam renang enggan tindakan diambil terhadap teman lelaki

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang videonya tular bergaduh dengan kekasihnya di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway, dekat sini enggan meneruskan siasatan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat yang mengesahkan menerima laporan kejadian itu berkata, rakaman video berkaitan kejadian yang tular menerusi laman X itu dikesan polis pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, semakan polis mendapati kejadian berkenaan di kawasan kolam renang kondominium terbabit, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

“Mangsa, seorang wanita berusia 19 tahun tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang (semalam). Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.

“Dia juga tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya,” katanya memetik laporan BH Online.

Katanya, polis juga tidak meneruskan siasatan atas permintaan mangsa.

Dalam video tular berdurasi satu minit 44 saat itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita bertengkar di tepi kolam renang sebelum lelaki berkenaan menarik rambut wanita terbabit dan mengheretnya masuk ke dalam kolam renang.

Lelaki berkenaan juga cuba membenam kepala teman wanitanya ke dalam air, namun wanita itu melawan dan berjaya menghalang.

Rakaman itu dipercayai dirakam oleh orang awam yang berada di sebuah bangunan berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button