BERITA SEMASA

Tiga premis dikendalikan warga asing disita MBPP

GEORGETOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan ke atas tiga premis perniagaan dikendalikan warga asing di dua daerah di negeri ini selepas didapati beroperasi tanpa lesen.

MBPP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melakukan sitaan peralatan perniagaan dan peobohan struktur membabitkan premis cuci kereta tanpa lesen di daerah Timur Laut.

Katanya, tindakan diambil susulan operasi yang turut disertai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Premis pertama menjalankan jualan dan sembelihan ayam tanpa kebenaran, manakala yang kedua adalah kedai runcit.

“Semua peralatan perniagaan dan barangan jualan disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, MBPP berkata, dua lagi premis dikenakan tindakan membabitkan daerah Barat Daya yang mana peralatan dan barang dagangan mereka turut disita.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button