JENAYAH & MAHKAMAH

217 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Pandan Indah

AMPANG JAYA – Seramai 217 warga asing diperiksa dan ditahan dalam operasi bersepadu di Taman Pandan Komersial dan Taman Pandan Mewah, Pandan Indah, di sini semalam.

Operasi bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang itu membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing terbabit disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit yang sah.

“Pemeriksaan turut mengesan beberapa kesalahan membabitkan premis perniagaan serta bekalan elektrik.

“Individu yang melakukan kesalahan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, PDRM mengingatkan orang ramai supaya tidak menggaji, melindungi atau membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tinggal di rumah atau premis di bawah kawalan mereka.

“Tindakan boleh diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button