Wanita didakwa tikam ibu diarah jalani pemeriksaan mental di Hospital Permai
KUALA PILAH – Seorang wanita berusia 55 tahun yang didakwa menikam leher ibunya menggunakan alat pembuka tin diarah menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan mental oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Hazeelia Muhammad yang mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mahkamah.
“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 April ini,” katanya kepada pemberita, memetik laporan Kosmo! Online.
Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas cedera di bahagian leher selepas dipercayai ditikam anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Segineh Inas, Johol pada 20 Februari lalu.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditikam menggunakan alat pembuka tin, manakala suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental ketika kejadian berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








