JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki direman tujuh hari kes tikam ibu dengan gunting

BALIK PULAU – Seorang pengawal keselamatan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes tikam ibu sendiri dengan gunting sehingga wanita itu maut di Relau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini, untuk menahan reman suspek berusia 40 tahun itu mulai hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada portal Harian Metro, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai akibat ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental.

Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira jam 5 petang, bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Suspek yang juga anak bongsu kemudian ditahan di unit kediaman pangsapuri berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button