Mayat lelaki warga Thailand dengan kesan tetak ditemui di anak sungai
GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemui dengan kesan tetakan dan luka di beberapa bahagian badan di anak sungai berhampiran kebun getah di Kampung Pulai, di sini, kelmarin.
Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ditemukan dalam keadaan tenggelam serta tersangkut pada batu dan kayu oleh rakannya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 2 petang.
Menurut beliau, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat senjata tajam pada bahagian kepala, muka, leher, tangan dan kaki mangsa.
Mayat kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Balai Polis Gua Musang di talian 09-9121222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








