Pempengaruh hantar mesej tak senonoh kepada remaja disambung reman sehari
KUALA LUMPUR – Tempoh reman pempengaruh yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja 14 tahun, disambung selama satu hari lagi sehingga esok.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tempoh reman itu dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
“Suspek sebelum ini direman empat hari dari 23 Mei sehingga 26 Mei (hari ini). Jadi polis mohon sambung reman dan dibenarkan sehari.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut,” katanya, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, pempengaruh berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada seorang remaja bawah umur berusia 14 tahun.
Lelaki berusia 22 tahun itu kemudiannya ditahan susulan laporan dibuat ibu mangsa.
Siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





