[VIDEO] Mohamad Sabu wakili Malaysia beri penghormatan terakhir kepada Ali Khamenei
KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai delegasi rasmi Kerajaan Malaysia ke Tehran bagi menghadiri istiadat penghormatan terakhir kepada bekas pemimpin tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei semalam.
Mohamad berkata, kehadiran beliau bersama delegasi Malaysia itu adalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terakhir kerajaan terhadap Allahyarham.

“Saya hadir mengetuai delegasi Kerajaan Malaysia bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei di Grand Mosalla.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
@malaysiatribune “Upacara penghormatan kepada Allahyarham akan berlangsung selama beberapa hari, bermula di Tehran sebelum diteruskan ke Qom, Najaf dan Karbala. Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Masjid Haram Imam Reza di Mashhad untuk dikebumikan pada 9 Julai,” kata beliau. #malaysiatribune
Mohamad turut mengetuai rombongan rasmi Malaysia yang menghadiri istiadat penghormatan terakhir terhadap Ali Khamenei sebelum upacara pengebumian dilaksanakan.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa istiadat penghormatan terakhir kepada Ali Khamenei diadakan secara berperingkat bermula di Tehran sebelum diteruskan ke Qom, Najaf dan Karbala.
Jenazah Ali Khamenei dijadualkan dikebumikan di Makam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















