[VIDEO]: Agensi agama pemangkin pemikiran progresif selari aspirasi Malaysia MADANI
PUTRAJAYA – Agensi agama perlu tampil sebagai pemangkin utama dalam membentuk pemikiran masyarakat yang lebih progresif, damai dan berteraskan nilai wasatiyyah selari aspirasi Malaysia MADANI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, suasana masa kini memerlukan pendekatan lebih kreatif, proaktif dan strategik dalam mengurus isu-isu berkaitan agama serta cabaran masyarakat semasa.
Justeru beliau menegaskan, warga hal ehwal agama tidak boleh lagi bersifat reaktif semata-mata, sebaliknya perlu berdaya cipta, bersatu sebagai satu pasukan dan mempelbagaikan pendekatan bagi memastikan agenda kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Kita perlu berdaya cipta, berinovasi dan menyelesaikan masalah masyarakat dengan pendekatan yang lebih segar agar kita dapat membentuk pemikiran terbaik ke arah masyarakat yang lebih damai, rahmah, menghormati kepelbagaian serta berteraskan maqasid syariah,” katanya kepada pemberita selepas Program Amanat Tahun Baharu 2026, di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa peranan hal ehwal agama kini bukan sekadar memberi maklum balas atau jawapan terhadap isu berbangkit, tetapi perlu bersifat proaktif secara strategik dalam memberikan pencerahan dan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat.
@malaysiatribune Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kerajaan sedia menyediakan bimbingan dengan modul terbaik dari aspek pengurusan, pentadbiran, kewangan dan tatakelola kepada NGO-NGO Islam. #malaysiatribune#trendingnewsmalaysia #beritasemasa #beritatiktok #malaysiatribune #newstrendingmalaysia ngoislam #zulkiflihasanofficial #fypdongggggggg
“Islam yang kita bawa ialah Islam yang dinamik, progresif dan berkemajuan, yang boleh menjadi contoh kepada dunia serta satu model pengurusan yang baik,” jelasnya.
Mengulas mengenai isu bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdepan tuduhan salah laku, beliau berkata kementeriannya sedang merangka modul latihan dan kursus yang lebih komprehensif merangkumi aspek pengurusan kewangan, pentadbiran dan tatakelola yang baik.
“Kita melihat keperluan ini sangat mendesak kerana NGO memikul amanah besar dan memerlukan sokongan dari segi pengetahuan serta pengurusan yang baik,” katanya.
Beliau juga menekankan kepentingan tatakelola yang baik dalam pentadbiran hal ehwal agama, sambil menyifatkannya sebagai keperluan asas bagi memastikan kejayaan segala strategi dan aspirasi kerajaan.
Menurut Dr Zulkifli, perancangan sedia ada akan diteruskan dengan beberapa penyesuaian bagi menangani isu-isu semasa dan cabaran baharu, selain menegaskan pelan tindakan hal ehwal agama bersifat living document yang sentiasa perlu ditambah baik.
“Kita raikan usaha-usaha yang telah dijalankan, tetapi pada masa sama kita perlu membuat penyesuaian agar pelaksanaan lebih efisien dan berkesan,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli; Ketua Pengarah Jabatan JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee serta wakil-wakil agensi berkaitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








