Program World Quran Hour di Parlimen semarakkan penghayatan al-Quran sempena Ramadan
KUALA LUMPUR – Program World Quran Hour diadakan di Parlimen hari ini dengan pengisian tadarus dan tadabbur al-Quran bertujuan menyemarakkan penghayatan kitab suci itu dalam kalangan warganya sempena bulan Ramadan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, program tersebut dianjurkan hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Parlimen Malaysia.

“Alhamdulillah, World Quran Hour diadakan di Parlimen dengan pengisian tadarus dan tadabbur al-Quran yang penuh keberkatan.
“Program ini juga diisi dengan aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada petugas Parlimen serta orang ramai sebagai tanda kebersamaan Ramadan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.
Zulkifli turut mengajak umat Islam memanfaatkan baki Ramadan dengan memperbanyakkan amalan kebaikan serta mendekatkan diri dengan al-Quran.
“Ramadan masih berbaki. Ayuh kita hidupkan hari-hari yang tersisa dengan al-Quran dan amal kebaikan. Terus fokus berbuat baik,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















