BERITA SEMASA

UniMAP rangkul tempat pertama Anugerah Celik MADANI

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mencipta kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai juara Kategori Ijazah Keseluruhan sempena Anugerah Cemerlang Celik MADANI 2025.

Kejayaan itu menyaksikan universiti berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Anugerah berprestij tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli dalam majlis yang berlangsung di Menara Merdeka 118 di sini.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Arshad Raja Tun Uda serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman.

Pengiktirafan itu mencerminkan komitmen berterusan UniMAP dalam memperkasa budaya ilmu, meningkatkan literasi kewangan serta menyemai nilai MADANI dalam kalangan mahasiswa.

Selain itu, kejayaan tersebut turut membuktikan kesungguhan warga universiti dalam melahirkan graduan holistik, berdaya saing serta berteraskan nilai dan jati diri selari dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

UniMAP sebelum itu aktif menyertai pelbagai inisiatif Celik MADANI yang bertujuan meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button