PTD di Pejabat Timbalan Menteri KPT ditahan di spa songsang diarah letak jawatan
KUALA LUMPUR – Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang ditahan dalam serbuan di pusat sauna disyaki menjadi lokasi lelaki songsang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, ia susulan tindakan serta-merta Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memulakan siasatan dalaman ke arah tindakan tatatertib mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan.
Beliau berkata, KPT telah mengambil beberapa tindakan tegas bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
“Saya mengambil maklum laporan berhubung penahanan salah seorang PTD yang berkhidmat di pejabat saya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
“Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menggesa semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan.
“Di KPT, tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.
Pada Sabtu lalu, seramai 201 lelaki yang juga pengunjung pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, di sini, ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








