
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini membuat keputusan memecat Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar dan menggantung keahlian lima lagi anggota termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Shahril Hamdan.
Tiga lagi individu yang digantung keahlian adalah Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Salim Shariff.
Terdahulu, Noh yang dimaklumkan keputusan penggantungan keahlian beliau selama enam tahun, membuat permintaan supaya beliau dipecat.
Berikutan itu, mesyuarat membuat keputusan untuk menerima permintaan beliau, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















