LUAR NEGARA

UK tidak terlibat sekat Selat Hormuz

LONDON – Perdana Menteri, Keir Starmer, hari ini mengulangi pendirian kerajaannya bahawa United Kingdom (UK) tidak akan terlibat dalam sekatan ke atas Selat Hormuz.

Dalam temu bual bersama rancangan 5Live Breakfast terbitan BBC, Starmer berkata, semua usaha UK ketika ini tertumpu kepada memastikan selat tersebut dibuka sepenuhnya.

“Selagi selat itu ditutup atau tidak bebas untuk pelayaran seperti sepatutnya, itu bermakna minyak dan gas tidak sampai ke pasaran.

“(Tindakan sedemikian) akan menyebabkan harga meningkat dan semua yang mendengar ini akan berdepan bil tenaga yang lebih tinggi. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Saya mahu bil tenaga mereka stabil dan lebih rendah,” katanya dalam temubual tersebut, lapor The Guardian.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam wawancaranya dengan Fox News berkata bahawa “tidak akan mengambil masa lama untuk membersihkan selat itu” dan bahawa “banyak negara akan membantu kami”, sambil menambah bahawa UK dan negara lain akan menghantar kapal penyapu ranjau.

Starmer seterusnya mengesahkan walaupun UK mempunyai keupayaan penyapuan ranjau di rantau tersebut, “semua usaha dari segi diplomatik dan politik… tertumpu kepada memastikan selat itu dibuka sepenuhnya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button