JENAYAH & MAHKAMAH

Ugut guru, polis tahan bapa murid hisap rokok di sekolah

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang lelaki selepas mengugut guru dalam kejadian di sebuah bangunan sekolah di sini pada Isnin lalu.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan kerana mengamuk susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengadu berusia 40 tahun yang juga guru sekolah tersebut telah dimaklumkan oleh pelajarnya bahawa terdapat pelajar lain merokok di dalam tandas.

“Pengadu kemudian terus ke tandas untuk membuat pemeriksaan dan terhidu bau asap rokok selain terdapat tiga pelajar berada di dalam tandas tersebut.

“Pengadu mahu membawa pelajar ke bilik dislipin tetapi pelajar tersebut bertindak agresif dan hasil pemeriksaan pada beg pelajar itu telah menemui satu kotak rokok,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Zaidi berkata, bapa pelajar tersebut telah datang ke sekolah dalam keadaan marah.

“Bapa pelajar tersebut mempersoalkan pengadu kenapa memukul anaknya namun pengadu telah menjelaskan bahawa dia menahan dan membuat pemeriksaan terhadap pelajar tersebut.

“Bagaimanapun, suspek tidak dapat menerima penjelasan tersebut dan terus memaki hamun serta mengamuk di dalam bangunan sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, suspek telah ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button