JENAYAH & MAHKAMAH

Ugut Albert Tei: Polis sahkan akan panggil Azam Baki

KAJANG – Polis sahkan akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata setakat ini pihaknya sudah merakam keterangan dua saksi termasuk Albert, dengan Azam dijangka dipanggil dalam tempoh terdekat.

“Tindakan itu akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Albert melalui sidang media selepas membuat laporan polis pada 13 Mei lalu memaklumkan ugutan terhadapnya diterima melalui seorang peguam.

“Kita sudah kenal pasti mengenal pasti peguam itu dan merakam percakapan individu terbabit selepas kita merakam percakapan Albert.

“Setakat ini siasatan masih berjalan dan kita perlu meneliti semua sudut sebelum membuat rumusan berhubung dakwaan itu.

“Siasatan memerlukan masa dan ia perlu dibuat secara telus. Ia perlu meliputi semua sudut sebelum satu rumusan dibuat berhubung siasatan itu,” katanya mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Kumar berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi arahan dan nasihat lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button