Lanjutan reman bekas PTD bergantung siasatan – Azam Baki
KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada reman bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dilanjutkan atau sebaliknya bagi siasatan kes tender perolehan bergantung kepada keperluan siasatan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih mempunyai tempoh satu hari lagi sebelum reman terhadap bekas Panglima Tentera Darat itu tamat pada Rabu.
“Saya tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini kerana masih berbaki satu hari kerana ia perlu disemak dengan pegawai penyiasat.
“Sebenarnya kita mempunyai tempoh maksimum 14 hari reman. Jika esok (Rabu) genap tujuh hari (reman) dan jika siasatan memerlukan masa tambahan, kita akan memohon lanjutan reman di mahkamah,” katanya selepas ditemui dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan HELP University serta Pelancaran Siri Forum Tadbir Urus dan Integriti 2026.
Ketika ditanya adakah ada pegawai ATM lain akan disiasat, Azam menjelaskan perkara itu akan dimaklumkan dalam sidang akhbar beliau pada Khamis.
“Perkara itu saya akan jelaskan kepada anda semua kemudian. Saya akan kemas kini pada 15 hari bulan,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







