
BERITA SEMASA
Tun Ahmadshah bekas TYT Sabah meninggal dunia
KOTA KINABALU – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menerusi satu kenyataan rasmi.
Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.45 malam di Hospital KPJ Kota Kinabalu di sisi ahli keluarga terdekat.
Susulan pemergian Allahyarham, kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dengan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkenaan sebagai tanda penghormatan.
Tun Ahmadshah merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah kesembilan dan berkhidmat selama dua penggal dari 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








