LUAR NEGARA

Tujuh maut dalam serangan peluru berpandu, dron Rusia di Ukraine

KYIV – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh selepas Rusia melancarkan serangan terbaharu menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas kawasan awam di Ukraine pada Selasa.

Menurut pegawai Ukraine, serangan itu menyasarkan beberapa kawasan awam ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, berada di Norway bagi mendapatkan sokongan tambahan daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah.

Lawatan itu berlangsung ketika Kyiv berdepan ketidaktentuan berhubung kesinambungan bantuan ketenteraan Washington, khususnya bekalan peluru pemintas bagi sistem pertahanan udara Patriot.

Zelenskyy berkata Ukraine hampir kehabisan peluru pemintas yang diperlukan untuk menangkis serangan peluru berpandu balistik Rusia.

Beliau turut mendakwa penghantaran peluru berpandu yang dibeli oleh negara lain untuk Ukraine mengalami kelewatan susulan tindakan Pentagon.

Dalam perkembangan sama, Zelenskyy mengadakan perbualan dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi membincangkan keperluan memastikan sokongan Washington, termasuk perkongsian maklumat risikan, diteruskan.

Beliau sebelum ini menyuarakan kebimbangan bahawa bantuan AS kepada Ukraine sengaja diperlahankan atas pertimbangan politik.

Zelenskyy juga berkata sekatan kelajuan terhadap penggunaan perkhidmatan internet satelit Starlink versi ketenteraan masih berkuat kuasa, sekali gus menjejaskan operasi Ukraine di medan perang.

Sementara itu, Utusan AS, Steve Witkoff, dijangka berada di Oslo bagi usaha diplomatik berkaitan konflik Rusia-Ukraine, manakala Jared Kushner akan menyertai pertemuan berkenaan menerusi sidang video.

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre dan Presiden Finland, Alexander Stubb turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Zelenskyy.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button