3 kanak-kanak maut terjatuh dalam kolam kumbahan
SIBU – Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang berhubung kejadian itu.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang.
“Sebaik tiba, terdapat tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan.
“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri dan sehingga jam 5 petang, pihak bomba masih menunggu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pengesahan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








