BERITA SEMASA

Lelaki maut akibat serangan jantung selepas daki 317 meter

BACHOK – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mendaki Bukit Gunong, Kampung Gunong, di sini pagi semalam.

Mohd Yusof Hamat, berusia 41 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di puncak bukit setinggi 317 meter dari paras laut dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali, berkata operasi membawa turun mangsa diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba I, Ibrahim Mohd Ghani bersama enam anggota.

“Anggota mengambil masa 20 minit untuk membawa turun mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Bomba mengalami sedikit kesukaran bagi membawa turun mangsa berikutan bukit yang curam dan jalan yang sempit dengan batu-batu yang besar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, punca kematian mangsa dipercayai akibat serangan jantung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button