JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang wanita maut dalam kemalangan dua treler di Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Seorang wanita maut, seorang parah dan lima cedera dalam kemalangan melibatkan treler berisi muatan kayu yang menyebabkan laluan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di KM164.7 (Arah Utara) laluan Bandar Baharu ke Jawi terhalang sepenuhnya, awal pagi ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 4 pagi itu membabitkan enam kenderaan dengan 21 individu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan.

Katanya, kemalangan membabitkan dua treler yang salah satunya membawa muatan kayu terbalik dan menyebabkan empat kenderaan lain terbabit nahas.

“Mangsa yang maut dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, operasi menyelamat masih lagi di jalankan untuk memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokan kayu berkenaan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button