BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Sambutan menggalakkan, NADI raih 17,743 penyertaan di Pulau Pinang – MCMC

PENANTI – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Pulau Pinang terus mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan keahlian seramai 10,827 orang.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), NADI di negeri ini turut merekodkan 17,743 penyertaan dalam pelbagai aktiviti perkhidmatan pintar setakat Mei lalu.

“Angka itu mencerminkan sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan memperkukuh peranan NADI,” menurut kenyataan MCMC sempena Majlis Perasmian NADI Penanti di Permatang Pauh, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sekali gus menandakan pertambahan pusat baharu di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.

Melalui inisiatif berkenaan, sebanyak 39 NADI baharu dibangunkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi MCMC, selain tiga sedia ada, menjadikan keseluruhan 42 pusat di Pulau Pinang untuk manfaat rakyat.

Pada majlis itu, Fahmi turut menyaksikan penyampaian surat pelantikan kepada 13 Pengerusi Panel Penasihat NADI bagi setiap kawasan Parlimen di negeri ini yang berperanan memastikan pengurusan serta operasi lebih tersusun demi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

Program berkenaan turut diserikan dengan Hari Bersama Komuniti (HBK) melibatkan pameran, jualan usahawan NADI, pertandingan e-Sukan MADANI Legend serta kerjasama agensi kerajaan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md. Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button