BERITA SEMASA

Dua maut, empat cedera dua bot bertembung di Mersing

MERSING – Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bot yang bertembung berhampiran Kuala Sungai Mersing, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan memaklumkann, Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.04 malam.

Susulan itu, sepasukan sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Fire Response Vehicle (FRV) dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing dikejarkan ke Jeti Mersing.

Menurut JBPM, sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati berlaku pelanggaran antara dua bot.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Empat lagi mangsa yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan manakala operasi di lokasi masih diteruskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button