BERITA SEMASALUAR NEGARA

Trump umum gencatan senjata 2 minggu syarat Selat Hormuz dibuka

NEW YORK – Presiden Amerika, Donald Trump mengumumkan persetujuan gencatan senjata bersyarat selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran pada lewat petang Selasa, sekali gus membatalkan ancaman serangan besar-besaran terhadap negara itu.

Keputusan yang dicapai itu adalah susulan perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif termasuk Panglima Tentera negara itu, Asim Munir, yang memohon agar Tindakan ketenteraan ditangguhkan.

Trump sebelum ini mengugut Iran untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas loji janakuasa awam dan jambatan di Iran, sekiranya Tehran gagal mencapai perjanjian bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan selama lima minggu.

Trump dilaporkan memberi amaran bahawa “sebuah tamadun akan musnah malam ini”, manakala pesawat pengebom B-52 dikatakan sedang menuju ke Iran sebelum keputusan gencatan senjata diumumkan.

“Sehubungan itu, saya bersetuju menggantung serangan ke atas Iran selama dua minggu,” katanya sambil menambah tempoh tersebut akan digunakan untuk merundingkan cadangan 10 perkara dikemukakan Tehran bagi memuktamadkan gencatan senjata jangka panjang.

Beliau turut menyifatkan perjanjian itu sebagai “gencatan senjata dua hala”, dengan mendakwa objektif ketenteraan AS telah dicapai dan rundingan ke arah keamanan jangka panjang di Asia Barat berada pada tahap lanjut.

Dalam reaksi segera, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengesahkan Tehran menerima gencatan senjata tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button