BERITA SEMASA

Tiada pembida, banglo milik Sajat diturunkan harga

PETALING JAYA – Banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dipercayai diturunkan harga kepada RM4.21 juta.

Perkara itu dimaklumkan seorang ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi menerusi hantaran di Facebook, kelmarin.

Jelas ejen hartanah itu, pengurangan itu disebabkan ketiadaan pembida bagi nilai RM4.68 juta pada Mei lalu.

Menurutnya, tarikh lelongan seterusnya akan diadakan pada 2 September depan.

“Hari itu lelong RM4.68 juta, tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.

“Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta,” tulisnya.

Banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Nur Sajat mengesahkan mengenai lelongan itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button