BERITA SEMASA

Banglo mewah di Sik bukan milik MB Kedah

ALOR SETAR – Banglo mewah di Sik bukan milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan, foto lengkap dengan imej google map itu cuba digambarkan ada kaitan dengan Menteri Besar Kedah hingga timbul tanggapan kononnya banglo itu milik beliau.

Malah katanya, foto sedang ditularkan itu merupakan fitnah menjelang Pilihan Raya Umum Negeri (PRN).

“Pemfitnah-pemfitnah ini bekerja keras menjelang PRN untuk mempengaruhi orang ramai percaya Menteri Besar Kedah kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu.

“Rumah itu bukan milik beliau. Tidak ada wang Menteri Besar Kedah diguna untuk bina rumah itu walau satu sen,” katanya.

Pejabat Menteri Besar Kedah menjelaskan kediaman itu adalah milik orang lain yang dibina hasil titik peluhnya sendiri setelah bekerja keras selama puluhan tahun.

“Selama ini, pemilik kediaman itu mengumpul wang bekerja sebagai penyelam di dasar laut hingga terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak hingga tiga atau empat bulan sekali baru boleh balik ke rumah.

“Bukan sekali dua tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut. Mereka suami isteri, termasuk anak-anak telah banyak berkorban selama ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button