BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tabung rasmi #JusticeForZara dilancar, tampung kos perundangan

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dilantik menguruskan Tabung Rasmi #JusticeForZara, usaha keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bagi menampung kos perundangan sepanjang prosiding inkues.

Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh aktivis Ustazah Marhamah Rosli, langkah tersebut diambil
ibu arwah, Noraidah Lamat bagi memastikan inkues dijalankan secara menyeluruh dengan penglibatan pakar tempatan dan antarabangsa.

“Antara kos paling kritikal ialah bayaran pakar tempatan dan luar negara bagi memastikan inkues berjalan secara menyeluruh.

“Setiap sumbangan orang ramai adalah sokongan mencari kebenaran untuk Allahyarhamah Zara Qairina,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan melalui akaun rasmi Bank Kerjasama Rakyat dengan nombor akaun 11-0253331-5 di atas nama Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dengan rujukan ‘Zara’.

Tabung itu diharap dapat membantu keluarga Allahyarham dalam usaha mencari keadilan serta menjadi simbol solidariti masyarakat terhadap perjuangan menegakkan kebenaran.

Setakat artikel ini ditulis, status berkaitan Tabung Rasmi #JusticeForZara telah menerima 8,000 reaksi; 1,400 komen dan 7,800 perkongsian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button