BERITA SEMASA

Marhamah Rosli angkat sumpah sebagai Senator

KUALA LUMPUR – Penceramah agama, Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah petang tadi.

Awang Bemee dalam ucapan alu-aluan berkata, lantikan baharu itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 15 Dis 2028 selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Bagi pihak Dewan Negara diucapkan setinggi tahniah kepada Senator atas pelantikan ini, selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan selamat berkhidmat,” katanya memetik laporan Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan MADANI yang antara lain menyaksikan pertukaran portfolio beberapa menteri dan timbalan menteri selain pelantikan beberapa muka baharu sebagai timbalan menteri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button