BERITA SEMASA

18 lembu dikorbankan sempena program agihan daging korban di Putrajaya

PUTRAJAYA – Sebanyak 18 ekor lembu ‘ditumbangkan’ sempena program korban yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Hospital Putrajaya dan Kelab Kebajikan Kakitangan MTMZA.

korban
Marhamah menyampaikan agihan daging korban kepada penerima.

Marhamah berkata, sambutan Hari Raya Aidiladha perlu dijadikan peringatan bahawa kemenangan sebenar bukan terletak pada kuasa, takhta dan harta, sebaliknya melalui ketaatan dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadah dalam kehidupan seharian.

“Ibadah korban bukan sekadar acara tahunan. Ibadah ini adalah cara untuk kita mengagih rezeki, mengangkat martabat golongan yang terpinggir dan mengurangkan jurang ketidaksamaan antara rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau berkata, ibadah korban juga wajar dijadikan medium untuk memperbaiki diri serta memperkukuh tanggungjawab sosial dalam masyarakat.

“Semoga amalan ibadah kita diterima di sisi Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta layanan baik yang diberikan sepanjang program berlangsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button