Rakyat Singapura peroleh pengalaman baharu buat korban di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Seramai hampir 800 orang membanjiri Kem Sri Pantai di sini, bagi menyaksikan ibadah korban sempena Program Maghi Bekwoh @ Pantai Timur pada sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.
Menurut Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Azizul Arif Yahaya, program tersebut diadakan bagi memperkenalkan pakej pelancongan islamik iaitu pakej korban yang diadakan di Homestay Teluk Ketapang Kuala Terengganu.

“Program ini merupakan program kenduri rakyat dan ini merupakan siri kedua selepas ia diadakan buat kali pertama tahun lalu dan hari ini kita telah selesai menyembelih 11 ekor lembu dan 15 ekor kambing.
“Untuk hari ini kita ada 21 peserta daripada
Singapura yang menyertai dan mengambil pakej korban hari ini yang mana secara tidak langsung mereka dapat lihat suasana program korban di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Maghi Bekwoh @ Pantai Timur di Kem Sri Pantai Teluk Ketapang di sini, hari ini.
@malaysiatribune Seramai hampir 800 orang membanjiri Kem Sri Pantai di sini, bagi menyaksikan ibadah korban sempena Program Maghi Bekwoh @ Pantai Timur pada sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini. Menurut Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Azizul Arif Yahaya, program tersebut diadakan bagi memperkenalkan pakej pelancongan islamik iaitu pakej korban yang diadakan di Homestay Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Berita penuh : https://malaysiatribune.news/2024/06/17/rakyat-singapura-peroleh-pengalaman-baharu-buat-korban-di-terengganu/ Pembetulan Video: Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Azizul Arif Yahaya #malaysiatribune #mahgibekwohpantaitimur2024 #tourismmalaysiawilayahtimur #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia
Sebagai rekod, salah seekor lembu yang dikorbankan hari ini merupakan sumbangan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sementara itu, menurut Pengerusi Homestay Teluk Ketapang, Md Azmi A.Aziz program yang mendapat kerjasama Tourism Malaysia, Koperasi Homestay Teluk Ketapang itu menerima sambutan yang mengalakkan daripada pelancong Singapura.
Jelasnya, program tersebut juga turut melibatkan lebih 100 pelajar-pelajar antarabangsa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjadi sukarelawan.
“Progam yang telah bermula semalam dimulakan dengan aktiviti rewang bersama komuniti, diikuti dengan kuliah magrib dan pagi ini solat raya dan program korban serta jamuan,” katanya.

Dalam pada itu, Md Azmi berharap agar program ini akan menjadi acara tahunan yang bukan sahaja melibatkan pelancong dari Singapura, malah dari seluruh jiran.
“Harapan saya agar masyarakat dari semua negara jiran seperti Brunei untuk datang berkorban di Terengganu kerana kami menyediakan pelbagai pakej menarik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, peserta program yang juga Ketua Rombongan Al-Firdaus Travel dari Singapura, Abdul Hamid Abdul Manan berkata, program itu memberi pengalaman buatnya melapah, memotong dan memasak hidangan daging korban.
“Persiapan semua berjalan dengan lancar diuruskan oleh Homestay Teluk Ketapang dan semuanya teratur dan begitu elok sekali,” katanya.

Bagi pelajar antarabangsa dari Pakistan, Ghulam Mujtaba, penyertaannya pada program hari ini sedikit sebanyak mengubati rindu pada kampung halamannya.
“Ini adalah kali kedua saya mengikuti program ini dan penerimaan daripada orang di sini amat menggalakkan. Saya harap tahun depan mereka akan buat lagi,” katanya yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








