Singapura perkenal hukuman sebat banteras kegiatan scammer
SINGAPURA – Kerajaan Singapura memperkenalkan hukuman sebat bagi pesalah skim penipuan atas talian dan keldai penipuan (scam mule) sebagai langkah tegas membendung kegiatan ‘scam’ yang semakin berleluasa di republik itu.
Langkah berkenaan dimaklumkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Sim Ann ketika membentangkan pindaan terhadap Kanun Keseksaan untuk bacaan kali kedua di Parlimen, hari ini.
Sim Ann berkata, lebih AS$2.8 bilion (kira-kira RM13 bilion) kerugian direkodkan akibat penipuan dalam talian sejak 2020 hingga separuh pertama tahun ini, membabitkan sekitar 190,000 kes, lapor portal Mediacorp.
“Kita akan memperkenalkan hukuman sebat mandatori terhadap penipu dalam talian. Pesalah yang melakukan penipuan melalui komunikasi jarak jauh akan dikenakan sekurang-kurangnya enam sebatan,” katanya.
Di bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan Pelbagai) yang diluluskan itu, ahli sindiket dan perekrut akan tertakluk kepada hukuman sebat mandatori sekurang-kurangnya enam sebatan.
Mereka yang bersubahat termasuk keldai penipuan yang menyediakan akaun bank atau kad SIM bagi tujuan jenayah pula boleh dikenakan sehingga 12 sebatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








