BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pesara kerajaan rugi lebih RM300,000 jadi mangsa ‘phone scam’

JOHOR BAHRU – Seorang pesara kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM308,000 selepas menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian berlaku pada 3 Jun lalu kira-kira jam 11 pagi apabila mangsa menerima panggilan telefon pertama ketika berada di kediamannya di Kampung Melayu Majidee di sini.

Beliau berkata, pemanggil memperkenalkan diri sebagai Sarjan Zuraidi dari IPD Petaling Jaya dan mendakwa mangsa terbabit dalam kes penggubahan wang haram serta pembiayaan keganasan.

“Tidak lama kemudian, mangsa menerima satu lagi panggilan daripada nombor telefon berbeza kononnya dari pejabat mahkamah yang mengarahkan mangsa membuat bayaran bagi mengelakkan hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, akibat ketakutan, mangsa akur dengan arahan suspek dan membuat 44 transaksi pemindahan wang antara 30 Jun hingga 9 Oktober lalu, berjumlah RM308,000 ke empat akaun bank berasingan.

“Hasil semakan awal terhadap keempat-empat akaun bank terbabit didapati tidak mempunyai rekod penipuan telefon.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas terus diarahkan membuat pemindahan tambahan dan mula berasa curiga terhadap panggilan diterima,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button