BERITA SEMASA

Setiu, Kuala Nerus masih terjejas akibat banjir

KUALA TERENGGANU – Dua daerah iaitu Setiu dan Kuala Nerus masih terjejas akibat banjir di negeri ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 1,052 mangsa daripada 260 keluarga masih berada di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di kawsan yang terjejas.

Daripada jumlah itu, Kuala Nerus mencatat jumlah tertinggi dengan seramai 976 mangsa daripada 247 keluarga yang berlindung di lapan PPS.

PPS yang dibuka di daerah berkenaan adalah Dewan Serbaguna Wakaf Chatur, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong, SK Kampung Gemuroh dan SK Padang Air.

Turut diaktifkan SK Tok Jiring, SK Kompleks Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dan SK Gong Badak.

Di Setiu, PPS SK Kampung Telaga Papan dan SK Rhu 10 menjadi tempat berlindung 76 mangsa daripada 13 keluarga.

Terdahulu, banjir yang melanda Dungun dan Kuala Terengganu pulih sebenarnya selepas lapan PPS di dua daerah berkenaan ditutup secara berperingkat, semalam.

Di Dungun, lima PPS yang sebelum ini menempatkan 1,249 mangsa daripada 285 keluarga ditutup petang, semalam.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, tiga PPS yang menjadi tempat berlindung seramai 552 mangsa daripada 125 keluarga ditutup sepenuhnya malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button