BERITA SEMASA

Program Kasih Ramadan santuni golongan memerlukan

KUALA LUMPUR – Program Sumbangan Kasih Ramadan merupakan satu program murni bertujuan menyantuni golongan memerlukan, menyemai nilai keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, program anjuran Pertubuhan Rangkaian Kebajikan Ekonomi Sosial Islam Sejagat Malaysia (PERKESIS) itu bertujuan membantu meringankan beban penerima selain memberi kegembiraan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Marhamah Rosli
Marhamah (tengah) berharap setiap usaha dan sumbangan yang diberikan dalam program itu akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan antara usaha kebajikan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan tidak terpinggir.

“Program ini menjadi ruang untuk kita menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat, di samping menggalakkan budaya berkongsi rezeki,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Hadir sama memeriahkan program tersebut ialah kerabat diraja Selangor, Tengku Shamsulbhari Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

Marhamah turut berharap setiap usaha dan sumbangan yang diberikan dalam program itu akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Presiden PERKESIS, Datuk Ahmad Nurbi Mohamad Nor berkata, program yang berlangsung di Klang kelmarin merupakan kali yang kedua dianjurkan.

“Sebelum ini, program serupa turut diadakan PERKESIS di Bandar Country Homes, Rawang sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan.

“Kali ini, kami adakan menjelang Aidilfitri pula bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Nurbi turut menzahirkan penghargaan kepada Marhamah di atas komitmen yang diberikan bersama PERKESIS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button