BERITA SEMASA

280 keluarga disantuni dalam Program Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI di Beaufort

BEAUFORT – Seramai 280 keluarga di daerah ini menerima bantuan dan sokongan menerusi Program Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI sebagai usaha berterusan Kerajaan MADANI menyantuni rakyat yang terkesan akibat banjir.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, kehadiran skuad tersebut di Masjid Daerah Beaufort semalam, bukan sekadar menyampaikan bantuan fizikal tetapi turut membawa mesej keprihatinan, doa dan kebersamaan kerajaan bersama rakyat di peringkat akar umbi.

Marhamah banjir Sabah
Seramai 280 keluarga, 15 buah masjid dan 11 surau disantuni dalam program tersebut.

“Selain ketua isi rumah daripada 280 keluarga, kami turut menyantuni 15 buah masjid dan 11 buah surau di daerah Beaufort bagi menerima bantuan pemulihan hasil sokongan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Masjid dan surau kekal menjadi pusat ibadah, perlindungan rohani serta titik penyatuan masyarakat khususnya ketika berdepan ujian bencana.

“Usaha pasca bencana oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bukan hanya soal agihan, tetapi juga ikhtiar memulihkan semangat, menguatkan munajat serta memastikan rakyat tidak berasa terpinggir walau berada jauh di pedalaman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Marhamah lagi, inisiatif tersebut mencerminkan nilai Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga ikhtiar kecil ini menjadi asbab rahmah, mengukuhkan perpaduan dan menzahirkan nilai Malaysia MADANI yang sentiasa hadir membantu, mendengar dan menyantuni rakyat dalam apa jua keadaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button